Saturday 7 April 2012

| SAHABAT | KAWAN |

Posted by mibi

"Kadangkala apabila kita mencari sahabat sejati, kita sukar mendapat sahabat yg sentiasa disisi, apabila kita mencari kawan sejati, apa yg kita temui kawan yg sering menyakitkan hati. Apabila kita mencari teman sejati, setelah kita temui hanya memerlukan ketika kita senang".


Assalamualaikum..you all sihat??wah !! entry kali mcm menarik je..pasti you all pnh dgr tajuk  entry ini kan..tipu kalau tak pernah..setiap manusia mesti mempunyai S.K...apa itu?? SAHABAT KAWAN = S.K..sebut saja S.K. pasti semuanya berfikir perbezaanya..apa perbezaanya??


Kawan tidak serupa dengan teman dan teman juga tidak sama dengan sahabat walaupun ketiga-tiganya adalah orang yang sama dan serupa seperti kita. Tetapi, dari sudut yang mendalam, kamu semua akan merasai bahawa sahabat adalah kawan dan teman kita tetapi tidak semua kawan dan teman kita adalah sahabat.. 
p/s:faham ke??baca sekali tidak faham,baca sehingga faham..


Kay mari kita renung-renungkan ayat di bawah ini  =D

1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…

2. Kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…

3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…

4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS.
Dah pakai pastu buang…

5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…

6. Kawan tu bukan macam PELANGI.
Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…

7. Kawan tu bukan macam KERETA.
Rosak sikit jual …Beli baru…

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE .
Kejap ade kejap takde…

9. Kawan tu bukan macam BANK.
Bila dah takde duit baru nak cari…

10. Lagi…Kawan tu macam ape ye???
Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA…
Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…hehehe..


AMARAN= KAWAN YANG BAIK JUGA BOLEH TIKAM ANDA DARI BELAKANG DALAM ANDA TIDAK SEDAR !!! JADI BERHATI-HATILAH !!!

Kawan = boleh didapati di mana-mana, tidak teguh hubungannya, hanya bersifat luaran, paling ramai..
ini pun dah cukup untuk menjelaskan maksud kawan..itu kawan..



Kita perlukan sahabat kerana sahabat akan
sedia bersama kita dalam semua keadaan;susah ke,senang ke,sahabat
tetap akan setia


Sebagai contoh untuk mudah difahami (kawan) = apabila kita memakai pakaian yang tidak kena gaya dan masanya,si kawan akan mengatakan "Kau ni pakai baju macam nak ke sawah je.Tak kena langsung dengan majlis!" (-membuatkan anda malu di hadapan khalayak yang mendengar)

Sedangkan seorang sahabat mungkin memberi komen sebegini dalm bisiknya;"Takpela,dah pakai nak buat macammana lagi,mujur ini majlis biasa2 je,tak ada kod etika pakaian pun kena ikut.As long as u feel comfortable tak apa.Tapi utk majlis esok,jangan
lupa pakai formal ya,YB pun ada sama,kenala pakai grand sikit!"


.Mungkin kita pernah dengar pepatah Arab ini=D

"Bersahabatlah dengan penjual minyak wangi,kita akan menerima percikan wangiannya,manakala bersahabat dengan tukang besi,percikan api akan mencarikkan baju kita."


Sahabat = hubungan terlalu rapat dan akrab berbanding teman, sangat teguh sehingga semua masalah boleh dikongsi bersama, paling sukar untuk ditemui, setia, perihatin dan sanggup berkorban kerana persahabatan.


agak-agak faham tak apa yg aku tulis ini..diharap you all faham la..kalau tak sia-sia jela aku syok sendiri..ini untuk sahabat.
sebelum saya mengundurkan diri manakah pilihan anda "100 kawan atau 1 sahabat?"tepuk dada tanya iman.Terserah anda untuk memilih.Itu hak anda. ^__^

~sukanyabiladiaceria~





0 comments: