Saturday 11 August 2012

Cerita Paling SEDIH !!!

Posted by mibi




Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka bertiga pun
 bersiap untuk pulang ke rumah.

Setelah sampai dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik tiada dan lif tidak berfungsi.

si A : Macamana ni beb? Rumah kita kat atas sekali...

si B : Aduhhhh pening kepala, nak naik tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita naik tangga aje, kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita naik tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa, jadi biar kita serius bila bercerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita.

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku.bla bla bla bla bla...

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A sehingga meleleh airmata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya aku dibesarkan oleh abang sulung ku yang pada masa tu dia berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang dan bla bla bla bla…

Sekali lagi mereka bertiga meleleh airmata sedih, punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi sambil melangkah memanjat tangga ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa korang punya cerita tak sedih, cerita aku lagi sedihhhh...

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

si C : emmmm……mungkin hari ini dalam sejarah...

si B : cerita aje le kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

si C : aku sedih sebab... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA. UWAAAAAA……

Moral of the story. Jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.


0 comments: