Saturday 2 June 2012

Kisah Berkaca Mata

Posted by mibi

R.A.B.U.N....apa itu rabun?

Assalamualaikum.hai!! kamu semua sihat??hari ni saya nak cerita pengalaman saya la tentang R.A.B.U.N..R.A.B.U.N....apa itu rabun? .rabun tu nampak tak jelas la.. bukan semua orang mempunyai penglihatan yang baik. masalah rabun ni bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. kat mana-mana je kkamu semua boleh tengok mereka mengenakan cermin mata.
saya pun rabun jugak, tapi saya rasa rimas la pakai cermin mata ni.. nak tahu tak cerita di sebalik saya dengan cermin mata?

jom uji mata anda


dulu masa zaman sekolah rendah, saya begitu obsesi betul  dengan cermin mata. siapa yang pakai cermin mata  nampak memang cool gila. ye la zaman kecik2 kan, suka tengok apa yang orang dewasa pakai. teringin nak pakai cermin mata.  so saya pun decide macam mana nak buat sampai jadi rabun?? ..inilah apa yang saya wat untuk jadi rabun..zaman kecik2, mana la matang lagi nak fikir semua benda tu
.
saya tengok tv dekat dekat.
baca buku dalam gelap ..hehehe.

orang kata jangan tengok matahri lama lama..saya tengok lama lama

kerja gila kan? haha. takyah cakap saya la. kamu semua pernah buat kan. tak nak mengaku plak. hehe. tapi apa yang saya buat ni mujur la tak berkesan kat mata saya. . bila dah masuk sekolah menengah saya dah sedar sikit tentang penjagaan mata ni. kawan kawan yang pakai cermin mata ada bagitahu yang pakai cermin mata takde la best mana. menyusahkan ada la. makin lama keinginan nak pakai cermin mata tu dah kurang. tak pe la tak nampak style pon. yang penting mata sihat.

gambaran bagi orang rabun jauh
masuk je form 5, mata saya dah tunjuk tanda tanda nak rabun dah. aish, time saya dah tak teringin baru datang rabun tu. bila di fikir2 kan balik, mungkin sebab kesan sampingan yang dulu sudah datang
 adush.. masa tu nak pakai cermin mata pun fikir dua tiga kali. segan la plak nanti kawan kawan cakap saya bajet pakai cermin mata nak nampak smart konon. jadi saya ambil keputusan  untuk pakai cermin mata bila betul betul diperlukan sahaja..

pemakaian contact lenses perlu penjagaan yang sangat rapi
ada orang cakap kalau rimas pakai cermin mata, pakai la contact lense. saya buat masa ni belum ready lagi nak pakai contact lense. sebenarnya tak berani la..macam macam dengar la keburukanya. hehe.



sekarang dunia makin canggih dan moden. saya jangka lebih ramai orang terpaksa memakai cermin mata walaupun umur baru tak sampai tadika kerana sentiasa asyik dengan televisyen,komputer serta buku hingga merosakkan mata secara tidak langsung. conclusion nya, sayangi mata anda. jangan jadi macam saya. hahaha

*takut bila tak pakai cermin mata orang ingat kita sombong. ye la orang tu senyum kat kita dari jauh kita buat tak tahu je, padahal kita tak nampak. hehe..#pnh terkena


~sukanyabiladiaceria~

0 comments: