Apa yang saya nak ceritakan ini adalah dari pengalaman sendiri dari mata saya sendiri . Seperti kita tahu , ramai manusia hari ini apabila menyebut tentang "KUCING" akan ada pelbagai reaksi seperti contoh :
SITUASI A : Nampak kucing , shhhhh !! nyah kau dari sini kucing tak guna . sepak*
-mohon orang mcm ni direjam-
SITUASI B : Nampak kucing , alaaa shiannyaa lapar ke !! jap jap bagi sedikit makanan *
-berperikemanusiaan-
SITUASI C :Nampak kucing , tgh mkn* emm bagi semua lauk dekat kucing tu dia makan nasi je
-Ya Allah sungguh baik hati dan sucinya hati orang mcm ini-
Ini apa saya nampak di kedai-kedai makan hari ini. Yang paling menarik perhatian saya orang yg berada di SITUASI C ini adalah orang susah melihat daripada pemakaian BAJU yang LUSUH dan SELUAR yang KOYAK.
Sedih sebak melihat kucing-kucing jalanan pada hari ini. Ada juga yang hanya memandang Kecomelan kucing, habis kuicng yang tidak comel diabaikan begitu !! Sesungguhnya mereka tidak minta banyak mahupun yang baru cukupla sisa-sisa makanan yang ada itupun kita mahu berkira.
Pernah kita terfikir andai nasib kita seekor kucing dan kita diperlakukan sedemikian rupa. Cuba 'TEPUK DADA TANYA IMAN'
0 comments:
Post a Comment