Tuesday 25 December 2012

Cerita KAKI #Final Anugerah Juara Lagu 2012 ( AJL27)

Posted by mibi


Hai readers !! C.K hari ini akan bercerita tentang>>Senarai 12 Lagu Layak Ke Final Anugerah Juara Lagu 2012 (AJL27) | Selepas tiga minggu berentap di pusingan separuh akhir muzik-muzik 2012, debaran siapakah pemilik gelaran lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 27 tahun 2012 (AJL27) sudah bermula. Malam tadi diumumkan keputusan 12 lagu yang layak ke AJL27.
Menurut laporan Malaysia Digest, pada separuh akhir ketiga Muzik Muzik ke 27 yang bersiaran langsung malam tadi dari Sri Pentas 2, Shah Alam sebanyak 8 buah lagu lagi di’persembahkan oleh penyanyi mereka untuk merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu ke 27 yang akan berlangsung pada 6 Januari 2013. Ombak Rindu, Patah Seribu & Teman Pengganti menjadi antara calon kegemaran para peminat muzik tanah air yang telah layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 27 bersama sembilan buah lagu lain.
Hafiz Suip menjadi satu satunya penyanyi yang bakal membawakan dua buah lagu pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2012 nanti dengan berbekalkan Ku Akui & Ombak Rindu bersama pasangan, Adira.
  1. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
  2. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja
  3. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
  4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
  5. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
  6. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
  7. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
  8. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
  9. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
  10. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan #performance dinanti nantikan
  11. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
  12. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
minta izin mengundurkan diri dulu
~sukanyabiladiaceria~

0 comments: