Sunday 16 December 2012

Cerita KAKI # Hazama Bikin Seorang Peminat Wanita Hampir Pengsan!

Posted by mibi


Hai readers !! C.K. hari ini dapat berita betul ke 
Hazama Bikin Seorang Peminat Wanita Hampir Pengsan!


Tanya sama pokok apa sebab goyang.........

KL, 12 DIS 2012: Hazama hampir terpaku dan tidak tahu berkata apa-apa tatkala diserbu peminatnya sebaik saja tamat Anugerah Industri Muzik (AIM 19), baru-baru ini. Malah, Hazama yang ditemani pengurusnya hanya mampu tersenyum apabila seorang peminat wanita bertudung menyergahnya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Lebih mengejutkan Hazama lagi, sebaik saja Hazama bersalaman dengan peminat yang khabarnya datang jauh dari luar Kuala Lumpur itu, peminat tersebut dilaporkan hampir pengsan.
Menurut sumber yang melihat kejadian ini, peminat wanita itu sebenarnya sudah lama menunggu saat untuk berjumpa Hazama. Jadi, tidak hairanlah pada malam itu dia hampir pengsan dek teruja melihat wajah Hazama yang disifatkannya sebagai comel dan kacak bagi peminat yang melonjak keriangan.
Tambah mengharukan, peminat tersebut menarik nafas lega kerana rasa berbaloi menunggu artis keluar dari jamuan makan yang disediakan pihak penganjur. Apapun, Murai Batu dengar cerita, Hazama tetap melayan peminat tersebut secara profesional walaupun waktu itu dia ada sesi temubual dengan sebuah program hiburan.

minta izin mengundurkan diri dulu
~sukanyabiladiaceria~

1 comments:

ikaa said...

jomm joinn

http://www.bakul2011.com/2012/12/segment-pencarian-bloglist-2013_16.html