Sunday 19 April 2015

Baju Melayu Hipster, Apakah??

Posted by mibi


Sejak semalam lagi, baju melayu hipster menjadi viral di laman sosial facebook dan twitter.Okay sebelum masing-masing mengemukakan pendapat yang berada dalam kepala elok la kita tanya tuan punya badan ni punya komen.



Selepas dikecam pelbagai pihak, Zery Zamry mengeluarkan kenyataan berikut;

"Baju kurung pun baju tradisonal tetapi adanya baju kurung moden. Kenapa nak kecoh baju melayu yang sememangnya menutup aurat - Zery Zamry."

Tidak  dinafikanla baju melayu  ini memang cantik tapi disebabkan model tersebut kelihatan ketat dan melekat pada tubuh berbanding baju melayu tradisional yang agak longgar.
Dari segi pemilihan dan padanan warna baju bersama samping, nampak agak menarik dan cantik. Tetapi pandang pertama, tak nampak seperti baju melayu yang dipakai kaum adam sewaktu menuju ke masjid. Ianya kelihatan seakan baju kemeja tangan tiga suku.







0 comments: