Saturday 4 July 2015

Dulu Lain,Sekarang Lain

Posted by mibi


Dahulunya aku ni bukan yang macam kawan-kawan aku fikirkan,tidak bertanggungjawab,suka cari pasal,poyo dan sebagainya (negatif je aku). Dulu kalau kawan-kawan nak tau aku adalah seorang yang bertentangan dgn apa yang kamu semua kenali. Aku jadi begini bersebab dan sebab aku tidak boleh nak luahkan perasaan aku kepada sesiapa (hanya mampu berdoa ). Aku tahu aku bukanlah kawan yang baik bagus dan boleh diharapkan .Aku jadi begini disebabkan aku sudah PENAT dengan perangai manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang dia dapat.. Apa yang aku rasa mungkin ada orang lain rasai. Aku penat nak MAKAN HATI dengan manusia. 

Hidup tak selalunya indah, dan aku berharap aku boleh hidup dalam cerita novel yang aku karang.
.....

Bukan senang nak menjadi diri sendiri , sekali aku dah jatuh aku perlukan kekuatan untuk berdiri atau bangkit semula. Biarlah aku jadi begini dicemuh,dicaci-maki oleh kawan-kawan ataupun masyarakat. Aku sendiri mencari-cari identiti aku yang telah lama hilang dalam diri aku . Kadangkala aku terpikir kenapa la aku LEMAH dengan diri sendiri.Aku biarkan kelemahan aku di dalam kehidupan aku supaya sesiapa yang ingin berkawan dengan aku menerima kelemahan aku terdahulu.Jujur aku cakap aku hanya sebagai permainan mereka semua yang bila-bila masa boleh GAME OVER.
   
Sesiapa yang mengenali aku pesanan aku: 
Kamu semua kenal nama aku tetapi kamu semua tidak tahu cerita aku
.....

Satu pesanan untuk diri aku dan semua juga berhati-hatilah dengan DUA benda yang akan buat kamu semua hilang arah pertama hidup di dunia yang fana ini dan arus cabaran keduanya manusia yang senang berubah hati ,dulu lain sekarang lain. Hargailah apa yang ada di depan mata dan jamgan la menilai orang dari luaran kerana dalaman terdapat isinya.

Sekian Nukilan aku mibiirfan


SALAM RAMADHAN Ke-17


0 comments: