Sunday 12 July 2015

Derhakah Aku??

Posted by mibi

 
Entah apa yang tergerakkan aku untuk menulis entry yang berbau sebegini. Kisah ini kisah benar bukan diadaptasi dari novel atau mana-mana drama.Ini yang terjadi dan aku lihat di depan mata kepala aku sendiri. Memang aku mengaku dahulunya aku tidak ambil kisah pasal benda ini. Tapi semakin besar aku dapat menilai benda ini semakin menjadi-jadi. Lepas satu satu terjadi tak kan aku nak diamkan saja.

Setakat bagi duit bulan2 atau sekali sekala visit them on weekends, belum layak dipanggil dah membalas jasa
.........

Inilah  dialog yang aku selalu ingatkan diri aku dan semua yang membaca entry ini. Kamu semua kena ingat saat kamu dilahirkan sehingga besar  dan sehingga berjaya pada hari ini.Itu kira biasa dan yang paling luar biasa apabila saat mereka sakit dan masa ini lah masa untuk kita berbakti kepada mereka.Mereka tak minta pun untuk sakit dan jadi sebegitu.

"1 mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 puluh orang anak belum tentu boleh jaga seorang mak".
.........
Sekarang baru aku faham apakah maksud yang tersirat dalam ayat ini. Kadang aku terfikir dan aku pelik susah sangat ke nak menjaga IBUBAPA yang menjaga kita dari kecil.Ini tidak saat genting sebegini kita sibuk dengan WASIAT , HARTA mereka. Kalau ini yang kita kejar nescaya hidup kita tidak akan tenang dan kita akan gundah gulana.

Ayah melantunkan Adzan di telinga kita saat lahir, itulah suara terindah yang pertama kali kita dengar.
.........
Mudah tuk mengatakan sayang ibu ayah.Adakah dengan ungkapan sahaja sudah menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka? Syurga di bawah tapak kaki ibu. Sesungguhnya kita semua sudah mengetahui bahawa syurga itu di tapak kaki ibu,tapi sejauh mana kita menjaga syurga kita dalam hidup kita?

"Kamu sudah makan?" "Pulang jam berapa?" adalah pertanyaan sederhana dari wujud cintanya Ibu
.........

.Semakin kita meningkat dewasa,semakin lembut hati ibubapa kita.Dahulunya garang,sekarang tidak lagi.Kita pasti terasa kelainanya kerana layanan mereka pada cucu tidak sama dengan layanan mereka pada kita sewaktu kecil.Sungguh hati mereka cuma mahukan kebahagiaan,sekarang tugas anak-anak membalas jasa ibubapa selagi hayat dikandung badan,gembirakanlah mereka.Semoga kita semua menjadi anak-anak soleh dan solehah.Amin.

Nasihat yang aku dapat dari orang tua aku takkan pernah aku sia-siakan terima kasih-IbuFaziah,AyahIsmail

Sekian Nukilan aku


0 comments: