Saturday 29 August 2015

Sedarkan Aku Jika Aku Bersalah

Posted by mibi


Sedang aku menikmati juadah makanan barat aku atau western food aku, aku dihujani satu pertanyaan dari seorang perempuan yang aku panggil kakak.Soalan yang ditanya nya tidak la rumit tetapi memberi impak dan kesan apabila mengigau sejarah "Aku Kau dan Rindu".Benar la pepatah penah berbunyi "Benda lepas jangan dikenang" .Ya itu aku sekarang tetapi kenapa tiap kali mendengar berkaitan tentang si dia aku akan tidak tenang dan tidak tenteram.Jujur aku cakap aku gelisah apabila bercakap tentang si dia.Itu baru bercakap belum bertentang mata.Analogi aku yang dapat aku ceritakan seperti ini,
 .........


"Sedang kau sibuk uruskan hal duniawi dan sedang melupakan si dia silap TERPAKSA lupakan si dia tiba tiba kau TERSENTAK dan hanya satu nama je yang boleh buat kau berubah seperti itu"
........

Bukan aku nak berat sebelah ke apa dalam cerita ini tapi inilah realiti kehidupan yang terpaksa aku lalui dan hadapi.Realiti yang digembar-gemburkan dalam Drama Petang di kaca TV itu semua palsu.Hakikatnya dunia di luar sana KEJAM. Aku cuma nasihatkan terpulang pada yang membaca entry ini nak menilai.Ramai yang berpesan dekat aku jika perasaan sudah mati tidak akan berbangkit.Ye perasaan aku kepada si dia sudah mati tetapi ada kemungkinan akan berbangkitkah??
........
"Banyak persoalan yang berada di minda,Banyak soalan banyak juga jawapannya"
........

Kelikuan yang aku hadapi ini perit sukar diceritakan. Ke tengah tidak tolak ke tepi tidak. Ibarat "Gantung Tak Bertali" sahaja yang boleh aku gambarkan.Situasi aku sekarang sangat sukar nak digambarkan ye aku dah bergerak ke hadapan dan tidak melihat ataupun toleh ke belakang tetapi pada masa yang sama di lubuk hati aku aku sedikit perasaan dan mengharap .Aku tidak minta pun ianya terjadi apa yang aku rasa adakah si dia rasa juga?? Sekarang aku tidak mengharap apa-apa kecuali hanya mampu berdoa dan percaya kuasa jodoh.Sedarkanlah aku jika aku bersalah sebelum terlambat dan semasa aku masih bernafas.
........
"Aku Hanya Mampu Doakan Dikau Dalam Sujud.Dalam Doaku Ada Namamu"
........

Sekian Nukilan aku




0 comments: