Friday 3 April 2015

Apa itu course Hotel and Tourism Management ??

Posted by mibi

FPHP UiTM MELAKA @ UiTM KAG

Entry kali ini headshot atau ditujukan kepada adik-adik lepasan SPM atau kakak abang lepasan STPM. Okay entry ini hanyalah untuk sekadar perkongsian. Jujur dari sanubari hati saya memang membuat pilihan untuk memilih kursus atau courses sangat sukar. Maklumla alam Universiti adalah berbeza dari sekolah. Membuat pemilihan bukan senang. Apa yang saya boleh nasihatkan kepada adik-adik lepasan SPM atau kakak abang lepasan STPM buat la pilihan berdasarkan keputusan masing-masing dan AMARAN KERAS jangan ikut kawan mahupun lebih dari kemampuan keputusan anda.Selok-eloknya buat la kajian tentang kursus ataupun course yang hendak diambil.


Apa itu course Hotel and Tourism Management ?? 
Saya sendiri akan menjawab persoalan ini disebabkan saya sendiri di dalam course ini. Pertama sekali bagi yang hendak memilih course ini mahupun telah dapat tahnniah diucapkan dan bagi yang sedang berkira-kira memilih course ini , saya tau apa yang bermain di fikiran adik-adik semua. Pertama soalan yang agak popular adalah : Nanti dah habis kerja apa ye ?? Jika adik-adik ada pemikiran begini ini dikira biasa. Kerja apa ye?? Okay course yang saya ambil ini Hotel and Tourism Management. Bukan sahaja boleh bekerja di Agensi Pelancongan malah yang paling menarik sekali adalah perkataan Management yang ada di belakang course itu. Haa adakan , kerja-kerja pejabat juga boleh disebabkan adanya Management bak kata pepatah semua kerja boleh di dalam course ini.Sudah menjawab soalan.
antara aktiviti yang dilakukan

Hotel and Tourism Management ??
Masih tidak jelas?? Course ini belajar lebih kepada Tourism Management dan juga hotel. Menarik bukan?? Perkara pertama bila sebut Tourism adalah melancong. Siapa di sini tidak suka melancong?? Tipu la tidak suka melancong. Ye di sini akan belajar pelbagai yang mendalam tentang Tourism. Sambil belajar sambil melancong itu analogi yang boleh saya katakan. Disini juga ada beberapa kata-kata daripada lecturer saya,"Industri Pelancongan sekarang dilihat satu keperluan sekarang kerana kami adalah sebagai orang tengah  negara kerana apa kerana kita lihat tanpa industri ini Malaysia tidak akan terkenal dan kita juga tidak akan dapat melihat dunia luar, industri ini juga boleh menjana pendapatan yang lumayan." Jujur dahulunya saya masih tercari-cari satu course yang meanrik dan Alhamdulillah saya telah temui. Dahulunya juga saya seperti kamu semua masih tercari-cari course apakah yang sesuai.
pilihan di tangan anda, anda mampu memilihnya
Apa yang saya boleh tulis, Jangan menilai sesuatu course dari luaran kerana di dalamnya kita tidak tahu. Tak semestinya tidak dapat mencapai cita-cita kita sudah mengalah. Kadang kala kita dapat sesuatu ada hikmahnya. Jika kamu medapat tawaran dalam course ini Hotel and Tourism Management di kampus UiTM Melaka, Tahnniah saya ucapkan dan Selamat Datang diucapkan sebab saya juga masih belajar di situ.


1 comments:

Lpas blajar.. krja ap.. n dlam kursus ni.. dy lbih kn kpda ap..?